Kerana begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal
                                                           



Soalan: Apakah maknanya menerima Yesus sebagai Penyelamat Individu kamu?

Jawapan: Adakah kamu telah menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat individu kamu? Sebelum kamu menjawab, benarkan saya menjelaskan soalan ini. Untuk memahami soalan ini dengan tepat, kamu mesti faham makna “Yesus Kristus”, “individu” dan “Penyelamat”.

Siapanya Yesus Kristus? Ramai orang menganggap Yesus Kristus sebagai seorang manusia yang baik, atau salah seorang Nabi Tuhan. Semua ini memang betul mengenai Yesus, tetapi keterangan ini tidak tepat. Kitab Injil mengatakan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk badan manusia, Tuhan menjadi manusia (lihat Yohanes 1:1,14). Tuhan datang ke dunia untuk mengajar kita, mengubati kita, memperbetulkan kita, mengampuni kita – dan mati untuk kita! Yesus Kristus ialah Tuhan, Pencipta alam, Tuhan yang berdaulat. Sudahkah kamu menerima Yesus ini?

Apakah Penyelamat dan mengapa kita perlukan Penyelamat? Kitab Injil memberitahu kita bahawa kita telah berdosa, kita semua melakukan maksiat (Roma 3:10-18). Akibatnya, kita patut menerima kemurkaan dan pengadilan Tuhan. Pengadilan yang sepadan dengan dosa yang dilakukan terhadap Tuhan yang abadi ialah hukuman yang tiada penghabisan (Roma 6:23; Wahyu 20:11-15). Ha; inilah sebabnya kita perlukan Penyelamat!

Yesus Kristus, datang ke dunia dan mati untuk kita. Kematian Yesus, Tuhan dalam bentuk manusia, adalah sebagai tebusan bagi dosa kita yang tidak terhad (2 Korintus 5:21). Yesus mati untuk menanggung dosa kita (Roma 5:8). Yesus membayar harga itu supaya kita tidak perlu membayar lagi. Kebangkitan Yesus membuktikan kematiannya cukup untuk membayar denda dosa kita. Oleh itu Yesus ialah Penyelamat yang tunggal (Yohanes 14:6; Kisah Para Rasul 4:12)! Adakah kamu yakin terhadap Yesus sebagai Penyelamat anda?   ( Petikan dari Got Questions Ministries )




                      
 Please click the square button to watch the video in Full-screen mode